Bintang Bintang: duka dan sedih

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... selamat datang.jangan lupa follow tau sayang.sayang sayang sayang ❤


owner

Contact Me

credits
09:19 | 0 Cloud(s)
duka dan sedih


kegembiraan tak semua orang dapat miliki 
hanya kesedihan yang dapati 
tapi teruslah bersabar agar kegembiraan dapat dimiliki 

hidup ini tak pernah kesepian 
tapi ada sesetengah orang menganggap dirinya kesepian 
kesepian itu adalah sunyi 
sunyi tanpa teman untuk ditemani 
seperti dialam kubur 
jika kita masih hidup didunia ini kita takkan kesepian 

Assalamualaikum 
kepada stalker blog aku 
aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi stalker blog aku 
walaupun cara aku kasar 
tapi aku ikhlas 
aku nak kongsikan cerita dengan korang semua 
jum baca elok-elok 

seorang gadis yang bernama Nana(bukan nama sebenar) dia gadis yang kuat .dalam kuat hati dia terluka ,dalam hati juga dia duka . dia pernah mengenali seorang lelaki yang bernama Haz(bukan nama sebenar) mereka berkenala di suatu tempat laman sosial yang agak terkenal didunia iaitu TWITTER .
Nana seorang gadis yang agak tak berapa layan dengan semua lelaki , selepas mengenali Haz ,hatinya terus terusik dengan Haz . Nana seorang gadis yang sukar mempercayai lelaki dan dia tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki .. Nana menjadi suka dengan Haz , Haz seorang yang peramah dan suka melayani mana-mana perempuan dan sebenarnya dia juga sudah menyukai Nana sebelum mengenali Nana 
Suatu hari mereka berjanji untuk bertemu ditempat yang selalu orang kunjungi 
selepas mereka bertemu disitu lah hati mula rasa lain macam dan merasa yakin ini lah perasaannya yang tak pernah datang dalam hidup 
sudah hampir setahun mereka menjadi SAHABAT mereka masih menyimpan perasaan yang sama 
pada malam sabtu hari jumaat , Nana meluahkan segala isi hatinya pada Haz
selepas Haz mendengar isi hati Nana dia merasa lega kerana cintanya pada Nana dibalas cinta 
Haz segera memberitahu dia juga punya hati pada Nana dan nana pun suka kerana cintanya dibalas dengan cinta juga 
tapi 
pada malam itu juga Haz meninggal 
rupanya Haz punya sakit iaitu kanser otak 
selepas Nana mendengar berita tentang Haz ,Nana segera ke rumahnya untuk melihat makam Haz
dan rupanya memang Haz meninggal
Nana terus menangis 
ketika Nana sedang menangis ,Ibu Haz menghampiri Nana lalu memberi sepucuk surat dari haz 
surat itu ditulis sebelum Haz pergi meninggalkan dia 

"Nana, aku suka pada kau , entahlah aku memang suka pada kau , dah lama aku pendamkan perasaan ini sayang , aku tahu aku seorang lelaki yang selalu digelar oleh gadis lain "lelaki buaya" tapi aku punya perasaan . sejujurnya aku memang sayangkan kau ,sukakan kau ,cintakan kau . tapi malang ,hidup aku hanya sementara ,cuma yang mampu aku buat hanya luahkan saja isi hati aku pada kau ,maafkan aku Nana ,aku tahu kau terluka dengan pemergian aku ini ,aku dah lama menahan sakit ini kerana kau .. dan aku berjanji pada Allah selepas aku luahkan isi hati ini pada kau ,aku bakal kembali pada Yang Esa , dan akhirnya Allah mengizinkan aku untuk meluahkan segala isi aku pada kau . aku tak pernah rasa macam ni pada gadis lain ,dengan kau aku rasa lain . kau memang istimewa dalam hidup kau ... aku sayangkan kau , aku harapkan kau izinkan aku pergi untuk selamanya dalam hidup kau dan kembali pada pencipta aku , kalau kau izinkan aku pergi kau jangan menangis dengan pemergian aku ini , kau senyum lah biar hati aku ni sentiasa senang tengok kau didunia .aku sayang kau tapi aku lagi sayang pada Allah ,maafkan aku sayang ,aku akan doakan kebahagiaan kau di sana . selamat tinggal Nana" 

Nana terus mengalirkan air mata dan peluk ibu Haz 
ibu Haz tetap memujuk dan mengingati Nana yang pergi itu tetap pergi ia takkan kembali lagi 
Nana hanya bersabar dan sentiasa berdoa agar Haz tenang di sana 
walaupun hatinya agak terluka dan duka dia tetap sabar 
itu lah cinta yang hadir dalam hidup Nana walaupun hanya seketika ..


cinta itu hadir kerana mahu mempelajari kita erti setia dan sabar 
cinta itu kasih sayang 
cinta itu kerinduan 
cinta itu mulia 
jika tanpa cinta kita takkan pernah merasai kebahagiaan ,
jika tanpa cinta kita takkan pernah menyayangi 
cinta itu bagaikan mutiara yang beharga 
maka jagalah cinta sebelum cinta itu pergi untuk selamanya 
rasai lah cinta 
kerana cinta itu juga kesyukuran 
Alhamdulillah 

wassalam~


0 Comments:


Post a Comment