Bintang Bintang: luahan hati

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... selamat datang.jangan lupa follow tau sayang.sayang sayang sayang ❤


owner

Contact Me

credits
07:29 | 0 Cloud(s)
luahan hati


assalamualaikum .

tatkala hujan turun membasahi bumi,
air mata turun membasahi pipi dan lantai
merindukan pada keluarga nun jauh disana

"wahai ibuku dan ayahku sungguhpun diri mu jauh disana ,hatiku selalu dekat pada mu , rindu ini hanya pada mu ayah dan ibu,air mata ini tak pernah berhenti memikirkan nasib mu disana"
ini lah katakata yang mampu diungkap dari hati .

tiap kali ku menelefon ibu , ibu selalu mencerita dan meluahkan segala kesusahan yang dialami beliau disana , walaupun hanya mendengar nasib mereka,hati dan fikiran tak pernah stop memikirkan mereka ,
aku sayang pada mereka
walaupon mereka menganggap diriku ini mempunyai hati yang terlalu keras dan selalu pikirkan tentang diri sendiri ,tapi sebenarnya hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan ku ini

pabila mendengar berita tentang ayah ku yang makin teruk sakitnya ,tak lena tidur , takde selera makan , apa yang ada dalam fikiran ku adalah ayahku
entah kenapa aku terlalu risau kan dirinya
walaupun dia menganggap aku ini seorang anak yang agak biadab dengannya
tapi dalam waktu yang sama aku sangat mengambil berat tentangnya
aku taktahu macam mana nak tunjukkan cara aku mengambil berat tentang nya
aku ingin menjadi seperti kakak ku , dia sangat menyayangi kakakku berbanding denganku
"maafkan diriku ayahku , aku bukan anakmu yang baik , aku hanya anak yang selalu menyusahkan mu ,aku takpandai nak ambil hatimu ayahku , maafkan diriku " *air mata mengalir*

ayahku adalah insan yang paling kuat , dialah hero didalam hatiku , dialah ayah ku
seperti ibuku juga , aku hanya pandai menunjukkan kemanjaanku pada mereka ,
tetapi keprihatinan ku ? aku tak pandai menunjukkan , sehingga sekarang aku hanya pendam
pendam dalam hati
walaupon sakit ,tetapi aku tetap bertahan
aku cuba cari jalan untuk membuktikan pada mereka .


rindu pada ayah dan ibu
rindu ini kerana mu Ya Illahi
kau panjangkan lah rinduku ini agar diriku tidak akan sesekali melupakan mereka

sesungguhnya jika Allah mahu menarik nyawa ayahku ,aku redha dan pasrah dengan ketentuan diri-Nya
walaupon aku tak sanggup
tetapi aku tak mampu melihat dan mendengar tentang dirinya yang makin lama makin terseksa
hari hari aku mendengar keadaan dirinya yang terseksa
hari hari aku dapat bayangkan keadaannya dirinya
aku sayang pada dirinya
aku tak mahu dia terseksa lagi
aku mahukan dia yang seperti dulu
tetapi andaian itu takdirnya
aku terima daripada menerima dia terus menahan sakitnya


aku hanya insan yang biasa
yang mempunyai hati dan perasaan
hari hari aku menangis didalam hati
apabila aku tak tahan cepat cepat ku berlari masuk ke bilik air
dan aku menangis

disini aku hanya penumpang
penumpang didalam rumah kakak ku
makan dan minum pun kakak ku masih menampung
sehinggakan aku malu
malu nak mintak apa apa dari mereka

aku tahu mereka kekurangan duit kerana belum mendapat gaji
aku cuba nak tahan laparku demi mereka
tapi tiap kali mereka mempelawa ku , aku jadi buntu
sehinggakan aku terdiam sekejap untuk menjawab pertanyaan mereka
kalau mereka tahu aku tak makan
mereka pasti akan memaksa diriku
jadi aku terpaksa menerima

aku takde niat nak menyusahkan mereka
aku pun rasa malu bila berada dengan mereka
tapi aku lagi taknak mereka merisaukan mereka itu lagi menyusahkan mereka

kadang kadang bila aku melihat mereka ,aku rasa iri hati pada mereka ,kerana mereka mempunyai penampilan yang menarik yang boleh menarik perhatian orang berbanding dengan ku .tapi aku sedar , aku tak sepatutnya mempunyai perasaan itu kepada ahli keluarga ku .
pendam saja lah yang aku mampu
hidup ku tak sempurna
hidup ku tak terlalu bahagia
hidupku hanya seperti biasa
kadang kadang susah kadang kadang senang

aku tahu apa yang ada dalam fikiran orang yang selalu rapat denganku dulu
aku terpaksa meninggalkan dia kerana aku tak boleh jadi seorang kakak yang baik untuk dirinya
aku hanya boleh buat dia terus menangis dan menangis
"akak mintak maaf"
itu lah perkataan yang mampu ku ucapkan pada dirinya
aku tak mampu nak menceritakan segala yang terpendam didalam hati ku
walaupon aku mahukan teman untuk bercerita
tapi entahlah susah rasanya aku mahu luahkan segala apa ada didalam hatiku

hanya doa
doa yang mampu aku luahkan
hanya merenung
merenung yang mampu aku luahkan pada yang-Esa

"Ya Allah ,sesungguhnya aku tak kuat , aku lemah dan mampu mengeluarkan air mata dari kata , hanya padamu aku mampu ungkapkan sepatah kata yang ada didalam fikiran hati ku ,Ya Allah jika ini semua dari-Mu ,kau kuatkan lah ketabahan ku ini ,agar aku mampu menjalani ujian dari mu"

wassalam




0 Comments:


Post a Comment