Bintang Bintang: kerinduan yang terjalin

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... selamat datang.jangan lupa follow tau sayang.sayang sayang sayang ❤


owner

Contact Me

credits
10:00 | 0 Cloud(s)
kerinduan yang terjalin


assalamualaikum :) hai ..dah lama sgt aku tak update blog ..dan sekarang alhamdulillah aku dah boleh update daa , banyak story yg nak aku berkongsi dgn korang .. harap korang suka :)
harini 11/12/2012 dan dah dua hari aku meninggalkan mak dan ayah dan abang,adikadik di kampung untuk berdikari dekat bandar yg tersenggam indah ini . KLANG ,adalah tempat yg sekarang aku tinggal . aku tinggal bersama nenek ,kakak , dan abang ipar aku .disinilah tempat permulaan aku untuk hidup lebih matang dan berdikari . 
17 tahun aku tak pernah berpisah dgn mak dan ayah aku . berpisah pun utk pegi sekolah , pegi keluar jejalan .atau pergi ikut program diskolah mcm (ROMBONGAN SAMBIL BELAJAR) itu pun tak henti henti aku contact dorang . nak berpisah dlm 2-3-4 hari tu memang tak lah kan .. aku memang tak boleh .
TAPI, sekarang aku terpaksa ,terpaksa meninggalkan dorang kerana nak membantu . aku nak bantu mak dan abang aku . walaupun pedih rasanya hati aku ni bila terpaksa tinggalkan dorang aku terpaksa tahan kesedihan aku .sebab aku taknak dorang tahu yang aku ni tak okay kat sini . hari ni dan semalam telefon aku tak pernah stop dengan panggilan dari mak aku . dari situ aku dapat tahu yang mak rindukan aku :(
ya lah , kalau nak dikatakan aku lah anak yang paling nakal kat rumah tu .. hari hari bergurau dengan mak dan ayah aku . aku main tumbok2 dengan mak aku , aku main cubit2 dengan ayah aku . tapi sekarang tak pun . rindu saja dalam permainan fikiran dan hati . 
dalam hari ni memang rindu dan rindu .
"abah,efa rindu abah dan mak" hmmmm itu saja lah yg mampu aku ckp dalam hati -_-
sebelum aku pergi ke KLANG . aku sempat bersama dgn dorang 
ni je gambar yang sempat aku ambil . hmmm T.T
rindu kat dorang .
TAPI lagi kuat aku rindu kat mak dan abah aku yg tengah sakit tuu . 
dah 2bulan abah masih sakit . badan dia makin kurus . kekuatan dia makin kurang . hermmmm entah lah ni lah dugaan yg Allah turunkan padaku dan ayahku . hmmm
dulu dia lah tempat aku untuk lepaskan boring .
ngat lagi aku suka main cuit cuit pinggang dia . aku suka main lawan lawan cakap dgn dia , aku selalu kena tumbuk dengan dia . aku rindu dia cakap "yeyeahh" dgn aku .
hmmm . pernah sekali , selepas aku hantar buku teks ke sekolah . aku terus pegi ikut kawan aku gi jalan jalan ke pekan Teluk Intan . kononnya nak lepaskan tension sekejap tapi semua tak menjadi . 
lepas aku pergi beli tiket wayang dalam harganya RM12.00 ,tiba-tiba aku dapat text dari adik aku 
"wey ! cepat balik abah sakit teruk !" 
dapat je ayat tu aku mintak tolong kawan aku hantarkan aku balik . tiket wayang tu melayang mcm tu je .tapi takpe aku sedekah ikhlas :) 
lepas je aku sampai rumah ayah aku elok berdiri dan berjalan ke bilik air . aku buat muka tercengang kat situ 
aku lapar time tu . aku penat time tu . aku pening time tu .
tapi semua aku tahan sebabkan abah . lepas tuh aku terus cakap dengan mak aku 
AKU: mak ,abah elok je ni -,-
MAK: memang lah elok , dia baru okay . 
AKU: ohh takpe lah . tapi kenapa smpai bagi text yang abah sakit teruk ? epa risau *muka sedih*
MAK: erm .abah kamu memang sakit teruk tadi . dia asyik tanya kamu je . "epa mana , epa mana?" tuh mak suh adik sent text mcm tuh . 
AKU: OHH herm takpe lah 

dari situ aku dapat tahu , aku sgt penting kat rumah tuh . mak kata aku lah tempat untuk abah aku bermain dan hilang kan boring dia . 
TAPI sekarang semuanya hanya rindu . rindu bergurau dengan dia . rindu sangat :(
susah sangat aku nak lupakan . 
TAPI aku kena buat sesuatu tu jadi rindu aku . dengan cara aku pergi ke KLANG ni aku nak balas jasa mak dan abah . hidup aku sekarang tak macam dulu , kalau malas masak je boleh beli makan kat luar . TAPI sekarang tak . berubah sangat ,kalau malas masak je terpaksa tahan lapar . sebab ape ? sebabnya biasalah ,kita ni manusia . kadang kadang hidup kita ni senang dan kadang kadang hidup kita ni susah . kita terpaksa redha . 
abah dah 2bulan tak bekerja sebab sakit dia tu . semua tanggungan makan dan minum harapkan duit meniaga mak je . Alhamdulillah ,abang aku dah abis blajar sekarang dia dah mula bekerja . kerja pun tempat biasa ja . itu pun gaji dia dah cukup sikit2 nak bayar itu nak bayar ini . inilah sebab aku pergi .aku pergi bukan saja nak berdikari tapi aku nak bekerja utk tolong abang aku dan mak aku . 
memang susah sebenarnya .TAPI Rasulullah pernah bersabda "jangan sesekali kamu mengeluh dalam sesuatu dugaan yang Allah beri itu , sesungguhnya dugaan yang Allah berikan itu adalah satu kebahagiaan selepas engkau berjaya melepasi dugaan-Nya itu" jadi aku dan keluarga aku teruskan hidup dengan penuh dugaan dan cobaan . 
InsyaAllah lepas ni aku dapat kerja . bila aku dah dapat kerja aku nak lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak . memang susah tapi bila difikirkan balik tanggungjawab mak dan abah aku waktu aku kecil2 dulu lebih susah dari tanggungjawab aku ni . so aku relax :) 
soal CINTA ? aku dah tak nak usik pasal ni lagi . daripada aku usik , baik aku pikir pasal abah aku . 
Cinta tu ANUGERAH , dia datang sendiri .memang lah orang kata CINTA tuh takkan hadir kalau tak dicari . tapi tak payah over sangat cari cinta itu . kalau Allah dah kata jodoh kita sudah ditentukan dia pasti datang dan bertemu dengan kita pada suatu hari nanti . jadi takpayah lah kita bersusah payah cari CINTA itu . tapi cari lah HIDAYAH :) 
okay stop merapu kenapa ayat tu tersesat ? -,-
okay . abah pernah cakap macam ni 
*masuk bilik abah* *tengok abah* *abah penat*
Aku : abah sakit ke ?
Abah : *angguk kepala*
Aku: kita pergi hospital nak?,saya mintak tolong orang hantarkan abah pergi hospital ye ?
Abah: tak usah nak,abah tak nak menyusahkan orang lain,lagi pun kalau abah pergi hospital nanti kemungkinan abah takkan balik ke rumah ni lagi ,
Aku: apa maksud abah? *aku mula mengalirkan air mata*
Abah: sedangkan guna ubat kampong pun tak boleh apetah lagi ubat zaman sekarang
Aku: apa salahnya kita mencuba abah *urut belakang badan abah*
Abah: tak usah lah ,abah dah makin tua , bila bila masa abah boleh mati , abah kalau boleh nak mati dirumah sendiri ,dan anak anak abah semua berada disamping abah disaat malaikat maut mahu menarik nyawa abah
Aku: kenapa abah ckp mcm ni *peluk abah sambil menangis*
Abah: abah tak kuat mcm dulu ,abah tak mampu lagi ,  abah cuma mahu kan doa dari anak anak abah ,dimanapun kamu berada doa untuk abah jgn pernah lepaskan , itu yg abah harapkan darimu anakku …
Aku: *mengalir air mata*
Abah: abah sayang kamu semua , abah harap lepas pemergian abah nanti jaga lah dirimu ,jgn pernah berhenti solat dan berdoa untuk abah … abah mahu anak anak abah jadi anak yang soleh dan solehah ,tu pun dah cukup buat abah sentiasa senyum dan tenang didunia sana nanti . 
Aku: *menangis dan keluar dari bilik abah*


itu lah ayat yang sampai sekarang aku kenang kenangkan :( 
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
"abah , efa takkan lupakan nasihat abah,efa takkan lupakan abah disana , efa rindu abah . rindu dan rindu , efa sayang abah sgt , efa doakan abah sembuh dari penyakit tu . I LOVE YOU abah :'( "


ASSALAMUALAIKUM

0 Comments:


Post a Comment