Bintang Bintang: Abah saya kuat !

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... selamat datang.jangan lupa follow tau sayang.sayang sayang sayang ❤


owner

Contact Me

credits
05:41 | 0 Cloud(s)
Abah saya kuat !

assalamualaikum ....
tik tik tik " budak gedik nak mula menggedik -_-
ah boring :/ oh oh oh hai ,terima kasih la sebab dah sudi membaca blog aku yang serba tak kena ni . ya ya 5/2 hari paling istimewa untuk babah aku . ya hari jadi dia yang dah ke 60 tahun . alhamdulillah ,dalam usia dia yang hampir meningkat aku bangga dengan dia . dia masih kuat !
ya itu la entry aku hari ni "abah saya kuat !"
aku ingat lagi time aku masa 5 tahun mcm tu la , time aku ,emak ,adik ,dengan kakak demam dan aku la demam yang paling teruk sekali . dah tu pulak bulan puasa . ahh cuti la apa lagi . ala budak2 lagi boleh dimaafkan,hehehe tapi teruk jugak masa tu semua demam ,abah pun risau la kat aku ni then bawak aku ke satu klinik yang sangat famous kat area kampung aku tu iaitu klinik bala . kalau sebut je klinik bala kat sekolah ,satu sekolah gelakkan , entah apa yang lawak klinik bala tu . kekadang aku sendiri pun tergelak ,hahaha .
okay sambung . abah pun bawak la aku ke klinik tu ,then doktor tu check check semua .doktor tu tanya kat kat bapak aku sama ada aku ni boleh makan ubat pil atau ubat air . abah pun cakap nak makan ubat pil ke ubat air kat aku . aku pun time tu tak tahu apa cakap la yang makan ubat pil . balik rumah aku lansung tak sentuh ubat tu ,abah pun pelik apehal aku tak makan ,abah cakap ah
abah: "hah ! makan la ubat tu ,nah air . "
me : "macam mana nak makan abah ?"
abah: "laa tadi kamu yang nak ubat pil ,skrg tak tahu pula mcm mana nak mkn ,apa pesen kamu ni! "
me: "hehehe tak tahu"
abah punya bising,doktor tu pun salah jugak ,aku kan budak2 lagi bagi la ubat air je .banyak bunyi pula doktor tu . kan aku dah kene marah .masa tu la aku start belajar makan ubat pil .
masa ni pula time aku baru dajah 2 ,pagi2 nak pergi sekolah satu rumah kecoh abah aku tak balik rumah . abang abang aku pun mengamuk la apehal orang tua ni tak balik ..masing2 pikir lain . then time ni kalau aku ingat mesti aku rasa nak menangis sebab pagi tu hujan lebat ,rumah aku pulak jauh dari sekolah dalam 15 km mcm tu . aku ,kakak ,adik aku pergi sekolah naik moto dengan abang aku dengan berhujan , sampai je sekolah lenjun .sedih baiii !
bila dah sampai sekolah ,belajar semua . hentam je la dengan basah .bukan aku sorang je yg lenjun ramai lagi , tapi paling teruk aku la .. bila dah syok belajar,waktu tengah hari mcm tu tetiba abg aku datang sekolah ,dia kata nak bawak aku ,kakak, dan adik balik sebab abah aku masuk hospital kena serangan jantung . aku pun time tu blur ,bengong2 lagi ikut jela . sampai je kat hospital aku tengok semua diam . hah ! pagi2 buta bising sebab orang tua tu tak reti nak balik . dah tahu dia kene serangan jantung semua diam .. haaa itu la ikut sedap mulut je . tapi aku tengok mak ,kakak aku semua sedih je . aku ngan adik2 je macam blur2 sikit ,biasalah budak2 :p
waktu ni pulak time aku espiem . ya ya waktu ni memang kuat sangat ujian Allah tu bagi kat keluarga kitaorang . abah dulunya kerja driver sebuah syarikat yang bos nya sangat kedekut ! kedekut gila . dan bos nya memang gila ,gila perempuan ,gila duit . puihh ! geram pulak aku tengok dia ... ya memang pekerja2 kat situ memang sayangkan abah aku tu . bayangkan dari aku kecik abah dah kerje kat situ . sekarang umur aku tak lama lagi nak ke 19 tahun ,maksudnya abah aku dah kerja kat situ dah dekat 20 tahun lebih mcm tu la , ye la orang jujur dan rajin macam abah aku tu mana la orang tak sayang ,betul tak ? bukan nak bangga , tapi memang patut bangga punya ayah yang sangat rajin dan jujur ! tapi masalahnya ,adalah salah sorang makhluk allah yang sangat dengki dengan kejujuran abah aku tu terus fitnah abah sampai abah kene pindah kerja dari driver syarikat terus jadi pekerja kilang . memang siot org tu, tapi kita nak buat mcm mana kan mungkin ni ujian dari Allah,aku dan abah dan family pun bersabar la . gaji abah pula makin turun ,jadi sikit .hmmm dah la time tu 5 org lagi belajar . aku spm,adik aku ada form 4,ngan form 2 . kakak dan abang aku pulak masa tu belajar kat u dan poli masing2 perlukan duit belanja .mana cukup nak bagi belanja kat 5 orang tu kan ? mak aku pulak meniaga . masa tu pulak perniagaan mak pun menurun . nak cukupkan satu hari seratus pun susah . dan aku pun ambil keputusan meniaga nasi lemak kat sekolah ,kekadang satu hari aku meniaga dapat 10 hinggit,lepas la duit belanja aku untuk berkongsi dengan adik2 aku satu hari . kalau ada lebih aku bagi mak aku sikit . kekadang aku keluar duit biasiswa aku bagi sikit mak aku untuk duit belanja meniaga dia . hmmm sedih pulak .
dan masa ayah aku diturunkan kerja . tetiba satu masa tu abah jatuh sakit . dekat 3 bulan jugak la abah sakit . dan masa tu pulak aku start exam .aku pun kuat kan semangat teruskan niat aku nak belajar demi masa depan dan abah dan mak . walaupun waktu tu Allah jelah yang tahu perasaan aku macam mana .tension tak tension la. kekadang aku nak pergi amik exam pun terpaksa naik bas . sejak aku dari dajah satu sampai tingkatan 4 tak pernah naik bas . tingkatan 5 aku belajar naik bas sebab kenangkan nasib family . ahh ni cerita aku ,bukan cerita abah aku . haishh
satu part teruk berlaku waktu tu abang aku dah abis belajar , dia pun dapat la tolong abah aku ni hah .. walaupun kerja part time je . waktu tu abah aku tengah basuh akuarium kesayangan dia . aku pun time tu tengah study la kan . aku usha la abah aku ,tenang je dia buat kerja tu .bila dia masuk je dalam bilik dia tetiba pulak mak aku jerit panggil abang aku . aku pun ikut sekali la abang aku ke bilik abah aku . mak aku suruh call pakcik aku suruh bawak abah aku pergi hospital abah aku dah sesak nafas  ! abang aku pun capai dia punya kunci motor dia terus bawak motor lelaju pergi rumah pakcik aku tu . nasib baik la rumah pakcik aku tak jauh mana . aku pun usha balik abah aku , time tu  mata abah aku pejam rapat sangat , mak aku pulak urut2 dada dia . aku risau sangat kehilangan abah aku tu . aku pun kedepan kemas barang2 study aku lepas tu masuk bilik lepaskan je la air mata aku kat bilik .. huhuhu
lepas tu aku keluar balik sebab pakcik aku dah datang . abah aku pulak tak nak pergi hospital .. mak aku pula suh aku pujuk ayah aku .
me : " abah jom pergi hospital ,nanti sakit abah lagi tambah teruk "
abah: "abah tak epah , abah dah tak larat ,tunggu masa je ni"
me : "abah jangan la cakap mcm tu ,epa tak nak kehilangan abah"
abah: "kalau dah tiba masa nya kita tak boleh nak melawan takdir ,abah dah putus asa ,biar la abah kat rumah ni aja,kalau abah nak mati biar la kat rumah ni samping tu anak2 abah semuanya ada kat sisi abah"
me: "abah jangan lah macam ni" *peluk abah*
abah aku pun tak jadi pergi hospital .

8/12/2012 .
ingat lagi tarikh aku bertolak dari perak ke selangor ikut kakak tiri aku kerja kat sana , seminggu aku kat sana ,dapat panggilan dari mak ,abah kena tahan wad ! perghhh time tu pulak kakak aku tak dapat nak cuti . dan aku pun baru start kerja . memang takdapat nak melawat abah . nasib baik abah kena tahan wad sekejap je . sebab dalam badan dia kurang air . huhu

dah 3bulan abah separuh sembuh abah dapat berita dari bos kedekut abah tu tak kasi abah kerja kilang tu lagi . abah pun hampa ,mana lagi dia nak cari rezeki . alhamdulillah ada aku ,kakak dan abang yg masih mampu bagi duit belanja kat mak dan abah .

hampir setahun abah sihat sepenuhnya ,rezeki pun makin bertambah , alhamdulillah semuanya dari Allah . abah sekrang kerja sampai pemandu balik dari syarikat lain . buat masa ni bos abah yg baru ni baik sikit ,alhamdulillah . sekarang pun abah yg dulu pakai cermin mata dah tak pakai cermin mata ,matanya dah segar katanya lah . dia pun yg dulu kurus sekarang dah gemok sebab mak aku asyik sumbat dalam mulut makanan je . hehe ,alhamdulillah keajaiban :)

Malam Tahun Baru Cina lalu ,aku ikut abah pergi johor . sebab abah ada tolong minah indon ni sebab abang dia tak abih2 mintak tolong suh abah aku hantarkan dia ke kota tinggi johor ,. abah aku pun tolong la . aku pun ikut la sebab kekadang org indon ni bukan nya boleh dipercayai sgt . kang bermak tiri pulak aku .ah tak nak aku ,baik aku ikut bior padan muka dia . hahaha ikut punya ikut .. sampaii ke kota tinggi dalam pukul 2 . cari tempat dia dekat 2 jam , sampai ke destinasi dalam pukul 4 pagi lebih mcm tu la . bayangkan dari pukul 10 malam bertolak sampai pukul 4 pagi ,berapa jam abah tahan ...tak rehat lansung pun dia ,tu pun rehat pergi buang air kecil ,beli air ,tu je ... perghhh ..lepas hantar minah indon tu ,kitaorg pun bertolak la balik ke klang . sepanjang perjalanan tu aku dah bertekad memang tak nak tidur ,tapi makin lama makin ngantok mata aku ni , then tertidur la dlm kreta . sekejap2 aku sedar... sebab abang nak berhenti nak rehat ,tapi masalahnya takde tempat nak rehat . kreta full je parking ,abah pun teruskan perjalanan dan aku pun teruskan tidur , sampai aku tersedar hari dah siang ! ya Allah ,tetiba hati aku risau . risaukan abah . dalam perjalanan tu aku tengok abah mcm dah tak larat ,dia urut2 tangan dia . mungkin terlalu lenguh tangan dia ,dan dia batuk2 mungkin terlalu sejuk .ye memang kat johor memang terlalu sejuk ,aku sendiri menggeletar dalam kereta tu ... aku pun rasa bersalah la ,hmm kenapa la aku biarkan abah mandu sorang2 tanpa teman . aku pun menangis tetiba dalam kereta sebab rasa bersalah gila . haishhh . aku pun tegur la abah ...
me : "hmm abah nak air masak?"
abah:"haaa nak nak !"
aku ambil air utk abah .
me:"abah , rehat la ... nnty ada perhentian kita rehat ye ?"
abah:"haa ye la ..abah tengah cari perhentian la ni "
me:"hmm okay2"
air mata aku tetiba mengalir ,sebak pulak hati aku ni tengok kegagahan hero kesayangan aku ni , kuat sangat semangat dia . dan baru aku sedar macam ni la keadaan abah bila dia tolong hantar org ke pulau pinang ,kelantan ,melaka dan lain2 lah ...
first time aku ikut pun penat apatah lagi dia yg susah nak faham erti penat . asyik nak buat kerja je ...
alhamdulillah aku masih punya ayah yang kuat . mungkin ayah kita tak sama . tapi aku tetap sanjung ayah aku . dia hero ,dia ketua , dia bapa kepada aku .
selamat hari jadi abah . muahhh setepek kat pipi abah :*


wassalam ~

0 Comments:


Post a Comment